Kontroversi Shenyang J-11

Rusia baru-baru ini telah mengancam untuk menyaman China berkenaan rancangannya untuk memasarkan pesawat J-11 kepada negara-negara dunia ke-3. Sukhoi pada awalnya membekalkan bahagian-bahagian tercerai kepada Shenyang Aircraft Corporation selepas perjanjian pada tahun 1995, tetapi setelah beberapa ketika kandungan komponen-komponen buatan China untuk pesawat ini telah meningkat sehingga 70% untuk semua pesawat Su-27 yang dipesan oleh Tentera Udara China adalah buatan China. Laporan menyatakan bahawa Sukhoi bersetuju dengan program tingkat upaya untuk radar yang dipertingkatkan dan sistem avionik serangan pada tahun 2001. Kontrak asal yang ditandatangani di antara kerajaan Rusia dan China tidak membenarkan penjualan pesawat ini ke negara-negara lain.